Tuesday, April 24, 2012

Perempuan manis dipanggil Wanita.


"Kau digelar sebagai penyeri dunia, hadirmu melengkap hubungan manusia. Bukan saja dirindui yang biasa, malah Adam turut sunyi tanpa Hawa. Akalmu senipis bilahan rambut tebalkan lah ia dengan limpahan ilmu, jua hatimu bak kaca yg rapuh kuatkan lah ia dgn iman yg teguh."

Perempuan? Tajuk yang mungkin berbeza daripada yang sebelumnya. Tetapi entri kali ini didorong drp satu kata kata yang cukup buat aku sedar, aku bukan perempuan mahupun wanita pilihan. Dendangan lagu Wanita daripada De-Hearty cukup membuatkan hati kecil ini tersentak. Bait bait lirik sedemikian, "Tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk di alasi bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat di bahu untuk DILINDUNG dekat jua di hati untuk DIKASIHI, engkaulah wanita hiasan duniawi." cukup membuatkan hati kecil ini terasa sakit. Sakit dengan kebenaran yang perlu diterima.

Tetapi berbeza pula dengan bait lirik,"Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk." Ini pula jelas menyatakan kalau seorang perempuan itu mahu dirinya dihormati, dia bukan hanya memerlukan hati yang baik, tetapi BERSIH. Peribadinya juga perlu sempurna. Mungkin tak sesempurna peribadi Zulaikha, ataupun sesuci hati Siti Khadijah, tapi perlu dihiasi dengan akhlak yang sempurna. MALU. Terasa malu dgn diri sendiri, mengharapkan hormat lelaki sedangkan kehormatan diri tidak dijaga sepenuhnya. Hati yang ikhlas belum lagi cukup, ia perlu disertakan dengan akhlak yg mulia.


"Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta ataupun pujian kelak tidak derita berharap pada yang binasa, engkaulah wanita istimewa". Terima kasih pada yang mendidik diri ini bukan dengan kebendaan. Sesuatu yg berjaya dilakukan dlm mendidik diri ni, sebagai seorang perempuan. Tapi ini cuma salah satu daripada syarat memelihara seorg wanita. Mungkin wanita itu salah menggunakan lelaki sbg kepentingan mata wang, tetapi adakah semua wanita sbegitu? Dan layakkah seorg wanita mendapatkan apa yang sepatutnya diberi, jika dia menyayangi setiap lelaki yg ada dlm hidupnya seikhlas mungkin tanpa mengharapkan kebendaan semata mata.

Bait terakhir lagu dendangan De Hearty ini cukup menaikkan semangat dan percaya yakin pada diri yg bergelar wanita."Sedarilah insan istimewa bahawa kelembutan bkn kelemahan bkn jua penghinaan dari Tuhan bahkan sebagai hiasan kecantikan." Tak bermakna, dengan melepaskan kesedihan melalui menangis itu adalah kelemahan, tetapi air mata seorang wanita itu adalah suci dan ia adalah anugerah yang tak terhingga dikurniakan oleh Allah. Jadi, jangan mudah mengalah. Sabar. Itu adalah sebab knapa Allah jadikan sabar.

p/s: Aku menangis tak berhenti dengar lagu ini. Sebab hati perempuan aku tersentuh dengan bait bait lirik yang disampaikan.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment