Friday, February 8, 2013

Coretan Buat Teman.

Tersisih.
Terbiar.
Dielak.
Ditinggalkan.

Perkataan di atas membawa satu makna buat aku. Itu yang aku rasa. Itu yang aku alami. Dah lama hati ni mahu meluahkan, namun tak mampu. Cuma mampu disimpan, dibaja dalam sanubari. Tahu kan bagaimana rasa apabila tidak dihiraukan? Ya, mungkin rasanya tak sama bagi setiap individu tapi satu, terkilan, sedih. Itu pasti. Aku tak mahu coretkan ini dalam bentuk bahasa "pasar" "sembang" yang digunakan sehari hari. Mungkin kerana aku selesa begini. Lagak bagai sedang bermonolog sendiri. Tapi tak juga aku mahu menggunakan bait kata lagak pujangga berbahasa, sekadar mampu untuk dibaca.

Kembali pada tujuan utama; luahan rasa. Setelah lama aku pendam, aku sedikit dendam. Namun aku harap ianya padam. Kita masing masing punya teman. Namun, tak semua teman kita sehaluan. Tapi, aku cukup tidak berkenan apabila teman lagak bagaikan lawan. Kita hidup berdekatan, namun bagai punya paksaan. Aku kalah. Aku kalah dengan ego kalian. Aku dibiar umpama kain buruk yang hanya diperlukan apabila terlihatnya kotoran. Itu yang aku rasa dan itu yang aku simpan. Aku rasa tidak diperlukan dalam panorama kehidupan sempurna kalian.

"Kawan",
Aku mahu hilang. Aku mahu pergi. Moga kita jumpa lagi.
Maaf. Itu sahaja mampu aku tinggalkan.

No comments:

Post a Comment