Friday, October 12, 2012

Manisnya Bahagia.

Aku cuma pinta kemanisan bahagia. Cukup buat seketika.
Aku tak mampu hadir selamanya. Cukup mampu memberi rasa.
Demi secebis bahagia, aku sanggup lalui derita.
Aku pohon bahagia, aku mahu hapus sengsara.
Ya Allah, keberkatan dan kurnia, itu yang aku pinta.


Mungkin aku tak secantik Balqis, tak setulus Zulaikha tak sekuat Siti Hajar tak semulia Siti Khadijah tidak segigih Siti Hawa dan tidak sesetia Ainul Mardhiah tidak seberani Sumaiyah dan bukannya srikandi sejati seperti Rabiatul Adawiyah, tapi aku cuba jadi yang terbaik di hati lelaki bernama kekasih. 

"Tuhan berikanlah ketabahan hatiku, untuk membina impian kasihku. Bersama mengharapkan ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahagia. Ku cuba sedaya agar dirahmati perhubungan yang telah terbina." 

No comments:

Post a Comment